Thursday, November 27, 2008

Resipi Bun

Bahan-bahan
Tepung High Protein 1kg
Gula 200g
Yis 40 gm
Susu Tepung 50 gm
Improver 10gm
Garam 20 gm
Telur 2 biji
Margerin 100gm
Air (sejukkn dlm peti ais) 500ml

Biasanya ana buat separuh sukatan...hanya untuk makan sekeluarga.

Cara-cara
1. Adun semua bahan-bahan. campurkan bahan yg kering dulu kemudian tambah air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi elastik.
2. Rehatkan doh sehingga kembang.Bahagikan mengikut saiz bun biasanya 50-60gm.
Rehat kali ke2.
3. Setelah doh kembang, hiaskan mengikut produk.nak tambah cheese ke..sosej etc terpulang..
4. Rehat kali ke 3, kemudian bakar 170 darjah C lebih kurang 20 min.ikut jenis oven.

selamat mencuba.
p/s Tepung high protein dan improver mudah didapati di kedai menjual bahan kek.

kenduri aqiqah safiah

Cuti sekolah telah seminggu. Kasihan anak-anak ana yang tiada lagi perancangan khusus untuk mereka.
Ana dan suami sepakat nak mengadakan kenduri aqiqah anak ketiga kami. Persiapan ala kadar dan mengejut dilakukan. Kelam kabut juga. Mencari catering yang sanggup masak dalam 2 hari lagi, mmg susah. kalau ada pn harganya agak mahal. Mak ana dr kampung datang bersama adik ana. Kawan sepejabat suami ana tiba-tiba menawarkan diri untuk masak. Alhamdulillah. Menu kami pada hari tu ringkas sahaja, nasi jintan, kambing beriani, acar dan ayam masak merah. acar dan ayam masak merah tu ana sediakan bersama k.ngah dan leni-adik ana. Lega k.ngah sekeluarga dtg membantu pada hari tu. Pembantu rumahnya di bawa sekali membantu ana.maklumlah ana x biasa mengadakan kenduri kendara ni.
kenduri yang agak ekonomi juga:
dengan harga kambing yg agak murah :rm 550 (En Roslan 0129324565)

Apapun alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancar. Terima kasih kepada yang membantu terutamanya suami, abg.man, k.ngah,mak, leni dan semua yang hadir

resipi acar: anggaran 10 org

bahan-bahan:

4 biji timun
1 biji lobak merah
1/2 biji nanas saiz sederhana
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
bijan goreng sebentar tanpa minyak
2 s/b gula
1 s/k garam
2 s/b cuka (boleh diganti dgn perahan limau nipis)

cara-cara

potong panjang bahan-bahan utama. timun dibuang biji.
campurkan semua bahan td.garam dn gula boleh ditambah ikut sesuai rasa.
siap dihidang.

resipi ringkas yang lain akan menyusul.

Sunday, November 9, 2008

ilmu membuat roti

Sebenarnya ana mendapat ilmu membuat roti ni baru juga. tapi kerana minat, selepas sahaja mengikuti kursus membuat roti di bakeri ria, sekitar tahun ini, terus membuat homemade bakeri secara kecil-kecilan di rumah-mungkin belum boleh disebut sebagai bakeri kot, lebih untuk makan-makan untuk anak-anak, kawan2 dan jiran. Memandangkan desakan ekonomi semasa, ana rasa menceburi atau mendalami ilmu yang boleh menjana pendapatan adalah salah satu langkah yang baik. Ana sendiri, sebenarnya seorang Landskap Arkitek, tapi bagi ana pembuatan roti dan kek mempunyai seninya tersendiri, dan tak salah rasanya mencuba bidang lain, asalkan matlamatnya jelas, hanya kerana Allah,ingin memberi yang halal dan terbaik untuk anak-anak dan masyarakat. Mungkin dalam post seterusnya ana akan kongsikan beberapa resepi roti, dan membuka untuk TEMPAHAN?!
*mendapat 1 ilmu itu rahmat, meyampaikannya berkat..

Blog Pertama

Berjaya menghasilkan 1st blog dgn bantuan sorang sahabat ni.
ketika orang lain telah sampai ke bulan, ana yang buta I.T ni baru nak mencuba-cuba.
moga apa yang akan dikongsi nanti akan memberi manfaat kepada semua