Tuesday, December 2, 2008

Aktiviti hujung minggu

Pagi ahad yang lepas, bawa anak-anak ala-ala beriadah. Habis idea kami nak bawa ke mana. akhirnya terfikir lokasi yang paling hampir saja dr rumah kami, tmn metropolitan kepong.. oklah untuk aktiviti berjongging dan menyedut udara segar di pagi hari. Alhamdulillah..anak2 seronok dan si kecil safiyah dapt menguji kemampuannya berlari selaju dan seluas-luasnya.

melihat keindahan persekitaran, dan nyamannya udara pagi tringat ana surah Baqoroh ayat 22 dan ana titipkan disini:

"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu sebagai hamparan, dan langit serta segala isinya sebagai bangunan yang dibina dengan kukuhnya dan diturunkannya hujan dari langit dan dikeluarkan -Nya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu, dan janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu, padahal kamu mengetahui (bahawa Allah Tuhan yang maha Esa.)"


Mungkin penat sungguh si kecil Safiyah berjongging pg ahad tu. Balik rumah terus tidur yang agak lama juga. Sempat ana menyiapkan masakan tghari, dan membuat kek coklat ikut resepi asiah.ini gambarnya yang tak seberapa.tapi memang sedap..tq asiah..macam boleh jual gitu..he-he



3 comments:

rossizam said...

sedapnya kek..nak sikit....

ct_as said...

wah..kak su..cantiknye hias kek tu..siap ada strawbeghi lg...yumm..
ala resepinya saya amik dlm mjlh je..
Resepi makaroni bakar dah buat ke?

SeniPuteh said...

nampak cam sedap je kek tu...ala2 secret recipe..mg sukses..