Sunday, December 27, 2009
pengembaraan selatan ke utara
Sempena cuti sekolah yang agak panjang dan Kolej yang bercuti semester, kami sekeluarga telah berpejalanan ke utara tanah-air. Walaupun perancangan awal telah dilakukan, atas sebab-sebab lain beberapa perkara terpaksa dipinda dan ditunda di saat-saat akhir. Perjalanan kali ini agak jauh dan panjang jika dibandingkan sebelumnya. Memandangkan anak-anak telah bersekolah, mahu tak mahu percutian keluarga dibuat di hujung tahun, yang mana keadaan memang sesak, sibuk dan pastinya lebih mahal dari hari-hari biasa.
Kata orang melancong adalah satu proses pembelajaran. Walaupun melancong atau percutian keluarga ini lebih bersifat santai, ana mengharapkan kami sekeluarga mendapat kebaikan daripadanya, mengeratkan silaturrahim ,merehatkan minda, melihat tempat orang, mengambil pengajaran di sepanjang perjalanan. di samping mensyukuri dan merasai kehebatan ciptaan Allah.
Firman Allah Firman Allah yang bermaksud:
“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)
“Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.” (Surah al-Anam, ayat 11)
18 Disember 2009- Kami memulakan perjalanan dari Melaka seawal 5.15 pagi kerana kami menjangkakan keadaan akan sesak menjelang cuti 3 hari bermula 1 muharam minggu ini. Sesampainya di Alor Setar terus check-in hotel yang sempat ditempah secara online malam sebelumnya…erm oklah untuk sekadar berehat 2 hari berjalan-jalan di Alor Setar.
19 Disember 2009- Awal pagi selepas bersarapan kami menuju ke Penang. Sambil menunjukan peta Malaysia dan laluan perjalanan kami. Wah..jauhnya kita travel dari Selatan sampai ke Utara. Sambil melayan pertanyaan anak-anak yang tidak letih bertanya dan menyebut nama tempat sepanjang perjalanan yang dirasakan pelik. Kenapa Gurun..kenapa Pendang bukan Bendang..kenapa Sik dan sebagainya. Sampai di Penang Terus ke City Bayview Hotel. Sesak sungguh Penang seumpamanya serik untuk ke sana waktu hujung minggu. Seharian berjalan sekitar Penang bertolak balik ke Alor setar. Sempat menyinggah ke Sg Petani..tunjukkan pada anak-anak tempat anak berkursus 2 minggu awal tahun dulu. Melalui Water Carnival di Sg Petani, sekali lagi sesak dan ramai sekali pengunjung…’berenang di hotel je lah bah..’rungut anak-anak.
20 Disember 2009- Menghadiri majlis walimah kawan ana di Kg. Kandai Alor Setar..(setelah menjemput sorang kawan di Shahab Bus Station) malangnya kami telah beli tiket feri ke Langkawi jam 2.30 ptg, terpaksa meninggalkan majlis sekitar 1.40 ptg dan tidak dapat berjumpa pengantin yang diraikan..
21 Disember 2009- Jalan-jalan seluruh Pulau Langkawi. Dari pusat pelancongan, pusat membeli belah ‘bebas cukai’ ke pantai dan Hutan Lipur (sebahagiannya hanya lalu di luar saja). Walaupun begitu, hajat untuk menikmati pemandangan langkawi dari kabel car tidak terlaksana kerana cuaca dan keadaan angin yang agak kencang,
22 Disember 2009- Sempat berjalan sekitar pekan kuah sebelum pulang ke Alor Setar dan bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
23-24 Disember 2009-Berehat di gombak.Sempat menziarahi sahabat karib di Sri gombak
25-27 Disember 2009- Pulang ke Batu Pahat menziarahi keluarga ana di kampung.
Percutian ini adalah untuk anak-anak, moga ada kebaikan dan pengajaran yang diperolehi sepanjang pengembaraan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
wah berjalan sakan kak su..x singgah Templer Park pun..bila leh jumpa lg.
insyaAllah..mamang tringin sgt nak jupa u all.lama x jupa dgr gosip trhangat si azam n makan masakan asiah...
kak su, tengkiu sudi susah2 jemput kite pastu siap bagi rehat2 lagi ngan tumpang g uma kak syikin.. kalo ade rezeki, bole jadikan prcutian keluarga ni satu xtvt wajib tahunan. lagi besttttt..anak2 kak msti lagi sukeeeeeee ;p
terima kasih juga melayan krenah n pertanyaan2 anak-anak kak...next destination jom ke Banting!!
Post a Comment