Thursday, November 27, 2008

kenduri aqiqah safiah

Cuti sekolah telah seminggu. Kasihan anak-anak ana yang tiada lagi perancangan khusus untuk mereka.
Ana dan suami sepakat nak mengadakan kenduri aqiqah anak ketiga kami. Persiapan ala kadar dan mengejut dilakukan. Kelam kabut juga. Mencari catering yang sanggup masak dalam 2 hari lagi, mmg susah. kalau ada pn harganya agak mahal. Mak ana dr kampung datang bersama adik ana. Kawan sepejabat suami ana tiba-tiba menawarkan diri untuk masak. Alhamdulillah. Menu kami pada hari tu ringkas sahaja, nasi jintan, kambing beriani, acar dan ayam masak merah. acar dan ayam masak merah tu ana sediakan bersama k.ngah dan leni-adik ana. Lega k.ngah sekeluarga dtg membantu pada hari tu. Pembantu rumahnya di bawa sekali membantu ana.maklumlah ana x biasa mengadakan kenduri kendara ni.
kenduri yang agak ekonomi juga:
dengan harga kambing yg agak murah :rm 550 (En Roslan 0129324565)

Apapun alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancar. Terima kasih kepada yang membantu terutamanya suami, abg.man, k.ngah,mak, leni dan semua yang hadir

resipi acar: anggaran 10 org

bahan-bahan:

4 biji timun
1 biji lobak merah
1/2 biji nanas saiz sederhana
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
bijan goreng sebentar tanpa minyak
2 s/b gula
1 s/k garam
2 s/b cuka (boleh diganti dgn perahan limau nipis)

cara-cara

potong panjang bahan-bahan utama. timun dibuang biji.
campurkan semua bahan td.garam dn gula boleh ditambah ikut sesuai rasa.
siap dihidang.

resipi ringkas yang lain akan menyusul.

No comments: