kepada yang sudi mengunjungi blog ana, diucapkan terima kasih..cuma ana mohon maaf kerana belum berkesempatan berkongsi resepi2 roti seperti antara tujuan utama blog ana dihasilkan. InsyaAllah pada masa akan dtg ye..
Di kala org lain telah bersiap untuk pulang ke kampung untuk menyambut aidiladha, ana suami isteri masih bekerja-walaupun fikiran dan hati telah terbang ke kampung halaman.
Namun sempat ana menghabiskan pembacaan dan ingin berkongsi sedikit apa yang dibaca dr buku Mengapa Saya Bekerja? disusun oleh Ir. Endok Sempo. 1 petikan yg menyentuh hati di hujung pembacaan ana, ana titipkan di sini. Moga menjadi pengubat kepada kepenatan melayan kerenah anak.
Zarishah (seorang wanita berijazah tetapi memilih untuk menjadi suri-rumah) menggambarkan perasaan bangga mendidik anak dengan menulis,
"Tidak terucap perkataan bagi menggambarkan perasaan yang tersimpan selama membesarkan mereka. Dari sebesar tapak tangan hingga mereka boleh seiring menjadi teman berbual sekarang. Anak-anak membesar cuma sekali, proses pembesaran mereka tidak berulang beberapa kali. Itulah kepuasan saya membesarkan mereka dengan tangan sendiri. Menyuap mereka makan, memandikan dan membersihkan, menidurkan, mendidik, mengenalkan mereka dengan al-Quran, untuk segala-galanya saya hanya mengharapkan kasih sayang dan doa mereka sebagai balasan ketika di hadapan Allah kelak."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam ka...jemput amik kad d blog ros yer..
ada masa wat blog..xde ms hold dlu. kite bknnye fulltimer kan?xgitu..
ada ms letakla resepi roti 2,bleh sy tgk2 kan..hehe
Anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda
Post a Comment