Sebenarnya ana mendapat ilmu membuat roti ni baru juga. tapi kerana minat, selepas sahaja mengikuti kursus membuat roti di bakeri ria, sekitar tahun ini, terus membuat homemade bakeri secara kecil-kecilan di rumah-mungkin belum boleh disebut sebagai bakeri kot, lebih untuk makan-makan untuk anak-anak, kawan2 dan jiran. Memandangkan desakan ekonomi semasa, ana rasa menceburi atau mendalami ilmu yang boleh menjana pendapatan adalah salah satu langkah yang baik. Ana sendiri, sebenarnya seorang Landskap Arkitek, tapi bagi ana pembuatan roti dan kek mempunyai seninya tersendiri, dan tak salah rasanya mencuba bidang lain, asalkan matlamatnya jelas, hanya kerana Allah,ingin memberi yang halal dan terbaik untuk anak-anak dan masyarakat. Mungkin dalam post seterusnya ana akan kongsikan beberapa resepi roti, dan membuka untuk TEMPAHAN?!
*mendapat 1 ilmu itu rahmat, meyampaikannya berkat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tak sabar nak belajar buat roti..
maafla asiah,sibuk sgt. x spt lagi bg resipi roti tu. kak dah buat kek coklat yang awak bg tu. mmg jadi elok dan sedap sgat.tq..
Post a Comment