Tuesday, September 8, 2009

mengajar dan belajar

Di awal-awal post ana sekitar tahun lepas ana ada memberitahu yang ana baru belajar membuat roti. Dan tanpa disangka-sangka pertengahan tahun ni ana dah kena mengajar membuat roti pulak.

Segala nota dan resepi ana cari dan kaji. cuba dan rasa.akhirnya dengan nekad dan kata ana boleh melakukannya, berlangsunglah juga kelas membuat roti bersama Puan Surin.

Awal-awal memperkenalkan diri dan meminta maaf sekiranya yang diajar nanti terkurang di sana sini. Tapi tak ana nyatakan yang ana pun baru belajar. Bimbang pelajar baru ana nanti tak confident pula. Ana berpegang bahawa ilmu yang baik walupun sedikit hendaklah dikongsi bersama. Biar berkembang tambah menjadi sebahagian bekalan amalan kita.

Menjadi pengajar kursus pendek adalah rutin biasa di sini, menjadi sebahagian tanggungjawab para pensyarah kolej di sini memberi pembelajaran sepanjang hayat kepada seluruh komuniti.
Apapun akhirnya kursus membuat roti telah dapat dilaksanakan dengan jayanya..dan inilah hasil air tangan makcik-makcik Felda Kemendor yang menjadi student ana pada hari tu.






Monday, September 7, 2009

Imam keluarga kami


entry kali ni mungkin agak berbeza skit, emm...crita tentang orang tersayang plak. suami, kekasih dan abah kepada anak-anak ana. selalunya ana lebih suka merahsiakan atau kata lain tidak meng'exposed'kan dirinya. maklumlah suami ana ni agak 'perasan' pemalu orangnya?

"rasa mcm kenal lah dgn suami kak, terjumpa hari tu, ada gambar?" tanya sorang kawan sepejabat.
Waktu tu ana sedang membelek blog yang telah lama tidak terselenggara.
"jap ye, ada kot dalam dalam blog kak ni" Tengok punya tengok, rupanya tak de sekeping pun gambar suami tersayang... hanya ana gambar kecil yang ana simpan dalam purse..bak kata orang lama, ku simpan wajahmu di dalam hatiku..he3 dibawa ke mana2 saja.

ana pun mula mengexplore dan menerobos masuk ke dalam folder-folder dan camera yang ada untuk mencari gambar untuk diperkenalkan kepada kawan ana ni. jumpalah beberapa keping ..perkenalkan buah hati ana...(abg kena bangga ni, surin kenalkan abg pada kawan-kawan..)








inilah dia imam keluarga kami..
Ana paste kan (setelah menyelongkar folder yang ada) ke tiga-tiga gambar yang agak baru dan ini saja yang ada dalam laptop dan camera? (mcm x percaya).
Daripada ketiga-tiga gambar dilokasi yang berlainan ini pun ana terfikir beberapa perkara (macam teka teki sama tapi tak serupa plak),
Yang sama:
1. Semua gambar ni suami ana dengan anak2. tak jumpa pun gambar dirinya seorang diri. apa maksudnya tu? Dia memang family man. ataupun tak boleh dah nak jalan sorang ramai askar yang mengekor?Tapi itulah dia, abah kepada anak-anak ana..
2. T-shirt kuning yang di pakai tu. Rasanya selalu sangat dia pakai t-shirt yang ana bagi beberapa tahun dulu. Memanglah ana rasa dihargai, tetapi cerita disebalik tu, suami ana ni agak cerewet dan pemilih. Nak beli selipar pun mahu shopping round kedai sampai lenguh lutut. Tapi yang bagusnya selalunya apa yang ana beli dia berkenan dan kalau selesa memang baju yang samalah di pakai sampai lusuh. Moralnya, dalam cerewet tu ada unsur berjimat.. dan karekter ni mungkin kontra dgn ana yang agak boros (sebenarnya tak lah boros tapi terlebih pemurah hati..)
Yang berbeza.
1. Tempat rekreasi. Gambar pertama di KLCC, kedua Tiara Beach Resort PD, ke tiga Tmn Metropolitan Kepong. Dia memang rajin bawa kami berjalan-jalan sebagai sebahagian aktiviti keluarga. Melancong penting untuk membuka minda. Namun bergantung kepada ekonomi keluarga..tak dapat berjalan jauh dekat belakang rumah pun ok.
2. Anak-anak semua manja abahnya. Tapi 2 orang girl ni memang terlebih manjanya. Tapi ana percaya dia bukan membezakan kasih.. lebih kepada dalam kasih sayang mendidik anak lelaki ada unsur tegas dan tabah, anak perempuan lemah lembut dan halus.
Itulah dia suami tercinta..

Thursday, September 3, 2009

sakit dan tarbiyah ramadhan


salam, ahlan wahsahlan ramadhan yang telah setahun ditinggalkan. Pantasnya masa berjalan.

Namun sambutan ana dingin sekali terhadap kekasih yang satu ini. Sehari sebelum ramadhan ana demam panas yang agak teruk. Sehinggakn sewaktu memandu pulang pada jumaat sebelum ramadhan kedua-dua tangan ana kebas dan kejang. tiada lain yang tergambar masa tu, nak kena stroke ke aku ni? atau pun atritis (ibu ana menghidap atritis yang agak teruk). Alhamdulillah dengan jarak taska anak ana yang semakin hampir ana nekad menekan minyak semahunya untuk segera mendapatkan bantuan guru-guru di taska tersebut. Setelah berehat dan tangan ana di urut ana rasa agak pulih dan cepat2 makan ubat yng dibekalkan. Mungkinkah suhu badan yang terlalu panas menyebabkan kekejangan? wallahua'lam.

Hari pertama puasa kami pulang ke Batu Pahat, dalam keadaan ana yang masih demam. rupanya ubatan ynag dibekalkan jumaat itu tidak memberi sebarang kesan. Ahad ana ke klink dengan suhu badan 40.6*. memang terasa lemah sangat sebab tidak mampu menelan walaupun sedikit maknanan. hanya kurma dan air kosong. Dalam keadaan yang ana kira agak kritikal, ibu suami, adik ana dan seluruh keluargalah yang banyak membantu. maklumlah ana ni jarang sangat demam dan ini adalah yang paling teruk dalam sejarah hidup ana.

Selasa, setelah rasa agak sihat, ana pulang ke melaka. Malangnya pada malam tersebut, suhu badan naik lagi, dengn batuk ynag tak henti2. Suami ana menghantar ana ke hosptal dan di masukkan ke wad selama 3 hari. Dalam keadaan yang tidak menentu dan wabak yang hebat sekarang ana di kuarantin kerana pneomonia (atau jangkitan paru-paru).

Siapa sangka, dalam keadaan yang sihat dan dengan rasa konfidennya dapat menyambut ramadhan bertukar kepada suasana dan keadaan diri yang betul-betul lemah, huru hara dan tidak berdaya. Kasihan anak-anak ana yang terpaksa ditnggalkan di kampung. syukur waktu minggu pertama adalah cuti persekolahan. sewaktu post ini ditulis ana masih agak lemah...

Bagaimanlah agaknya kualiti atau markah puasa ana tahun ni. Masih tak mampu melawan kemalasan, keletihan dan rasa tidak sihat ini.

Namun ana berharap dengan rahman dan rahim nya Allah moga ujian kesakitan yang sedikit ini menjadi kifarah dosa dan tarbiyah kepada hati dan jiwa.

Sahabat2 dan ibu2 diluar tu, hargailah kesihatan yang diberikan Allah. Masaklah untuk keluarga jika mampu...walaupun rasa letih dan malas, ikhlas dan fikir2kanlh ganjaran dari Allah. Ana dah seminggu ni berbuka di masjid ja..hu3.Alhamdulillah anak 2 seronok dan tetap rasa diraikan kerana puasanya yang baru bertatih tu..