Monday, September 7, 2009

Imam keluarga kami


entry kali ni mungkin agak berbeza skit, emm...crita tentang orang tersayang plak. suami, kekasih dan abah kepada anak-anak ana. selalunya ana lebih suka merahsiakan atau kata lain tidak meng'exposed'kan dirinya. maklumlah suami ana ni agak 'perasan' pemalu orangnya?

"rasa mcm kenal lah dgn suami kak, terjumpa hari tu, ada gambar?" tanya sorang kawan sepejabat.
Waktu tu ana sedang membelek blog yang telah lama tidak terselenggara.
"jap ye, ada kot dalam dalam blog kak ni" Tengok punya tengok, rupanya tak de sekeping pun gambar suami tersayang... hanya ana gambar kecil yang ana simpan dalam purse..bak kata orang lama, ku simpan wajahmu di dalam hatiku..he3 dibawa ke mana2 saja.

ana pun mula mengexplore dan menerobos masuk ke dalam folder-folder dan camera yang ada untuk mencari gambar untuk diperkenalkan kepada kawan ana ni. jumpalah beberapa keping ..perkenalkan buah hati ana...(abg kena bangga ni, surin kenalkan abg pada kawan-kawan..)








inilah dia imam keluarga kami..
Ana paste kan (setelah menyelongkar folder yang ada) ke tiga-tiga gambar yang agak baru dan ini saja yang ada dalam laptop dan camera? (mcm x percaya).
Daripada ketiga-tiga gambar dilokasi yang berlainan ini pun ana terfikir beberapa perkara (macam teka teki sama tapi tak serupa plak),
Yang sama:
1. Semua gambar ni suami ana dengan anak2. tak jumpa pun gambar dirinya seorang diri. apa maksudnya tu? Dia memang family man. ataupun tak boleh dah nak jalan sorang ramai askar yang mengekor?Tapi itulah dia, abah kepada anak-anak ana..
2. T-shirt kuning yang di pakai tu. Rasanya selalu sangat dia pakai t-shirt yang ana bagi beberapa tahun dulu. Memanglah ana rasa dihargai, tetapi cerita disebalik tu, suami ana ni agak cerewet dan pemilih. Nak beli selipar pun mahu shopping round kedai sampai lenguh lutut. Tapi yang bagusnya selalunya apa yang ana beli dia berkenan dan kalau selesa memang baju yang samalah di pakai sampai lusuh. Moralnya, dalam cerewet tu ada unsur berjimat.. dan karekter ni mungkin kontra dgn ana yang agak boros (sebenarnya tak lah boros tapi terlebih pemurah hati..)
Yang berbeza.
1. Tempat rekreasi. Gambar pertama di KLCC, kedua Tiara Beach Resort PD, ke tiga Tmn Metropolitan Kepong. Dia memang rajin bawa kami berjalan-jalan sebagai sebahagian aktiviti keluarga. Melancong penting untuk membuka minda. Namun bergantung kepada ekonomi keluarga..tak dapat berjalan jauh dekat belakang rumah pun ok.
2. Anak-anak semua manja abahnya. Tapi 2 orang girl ni memang terlebih manjanya. Tapi ana percaya dia bukan membezakan kasih.. lebih kepada dalam kasih sayang mendidik anak lelaki ada unsur tegas dan tabah, anak perempuan lemah lembut dan halus.
Itulah dia suami tercinta..

1 comment:

rossizam said...

rajin gak suami kak round satu kedai nak cari brg yg berkenan di hati. lain benar ngan hubby ros yg tak suka shopping..dia kalau boleh nak cepat jer..tapi tu lah..masing2 ada kelebihan sendiri..syukur sgt dapat suami dan abah yang penyayang pada anak-anak..itu yang peting..semoga ummihakim sekeluarga kekal bahagia selamanya