Sunday, December 27, 2009

pengembaraan selatan ke utara




Sempena cuti sekolah yang agak panjang dan Kolej yang bercuti semester, kami sekeluarga telah berpejalanan ke utara tanah-air. Walaupun perancangan awal telah dilakukan, atas sebab-sebab lain beberapa perkara terpaksa dipinda dan ditunda di saat-saat akhir. Perjalanan kali ini agak jauh dan panjang jika dibandingkan sebelumnya. Memandangkan anak-anak telah bersekolah, mahu tak mahu percutian keluarga dibuat di hujung tahun, yang mana keadaan memang sesak, sibuk dan pastinya lebih mahal dari hari-hari biasa.

Kata orang melancong adalah satu proses pembelajaran. Walaupun melancong atau percutian keluarga ini lebih bersifat santai, ana mengharapkan kami sekeluarga mendapat kebaikan daripadanya, mengeratkan silaturrahim ,merehatkan minda, melihat tempat orang, mengambil pengajaran di sepanjang perjalanan. di samping mensyukuri dan merasai kehebatan ciptaan Allah.

Firman Allah Firman Allah yang bermaksud:
“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)
“Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.” (Surah al-Anam, ayat 11)

18 Disember 2009- Kami memulakan perjalanan dari Melaka seawal 5.15 pagi kerana kami menjangkakan keadaan akan sesak menjelang cuti 3 hari bermula 1 muharam minggu ini. Sesampainya di Alor Setar terus check-in hotel yang sempat ditempah secara online malam sebelumnya…erm oklah untuk sekadar berehat 2 hari berjalan-jalan di Alor Setar.


19 Disember 2009- Awal pagi selepas bersarapan kami menuju ke Penang. Sambil menunjukan peta Malaysia dan laluan perjalanan kami. Wah..jauhnya kita travel dari Selatan sampai ke Utara. Sambil melayan pertanyaan anak-anak yang tidak letih bertanya dan menyebut nama tempat sepanjang perjalanan yang dirasakan pelik. Kenapa Gurun..kenapa Pendang bukan Bendang..kenapa Sik dan sebagainya. Sampai di Penang Terus ke City Bayview Hotel. Sesak sungguh Penang seumpamanya serik untuk ke sana waktu hujung minggu. Seharian berjalan sekitar Penang bertolak balik ke Alor setar. Sempat menyinggah ke Sg Petani..tunjukkan pada anak-anak tempat anak berkursus 2 minggu awal tahun dulu. Melalui Water Carnival di Sg Petani, sekali lagi sesak dan ramai sekali pengunjung…’berenang di hotel je lah bah..’rungut anak-anak.

20 Disember 2009- Menghadiri majlis walimah kawan ana di Kg. Kandai Alor Setar..(setelah menjemput sorang kawan di Shahab Bus Station) malangnya kami telah beli tiket feri ke Langkawi jam 2.30 ptg, terpaksa meninggalkan majlis sekitar 1.40 ptg dan tidak dapat berjumpa pengantin yang diraikan..
21 Disember 2009- Jalan-jalan seluruh Pulau Langkawi. Dari pusat pelancongan, pusat membeli belah ‘bebas cukai’ ke pantai dan Hutan Lipur (sebahagiannya hanya lalu di luar saja). Walaupun begitu, hajat untuk menikmati pemandangan langkawi dari kabel car tidak terlaksana kerana cuaca dan keadaan angin yang agak kencang,
22 Disember 2009- Sempat berjalan sekitar pekan kuah sebelum pulang ke Alor Setar dan bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
23-24 Disember 2009-Berehat di gombak.Sempat menziarahi sahabat karib di Sri gombak
25-27 Disember 2009- Pulang ke Batu Pahat menziarahi keluarga ana di kampung.

Percutian ini adalah untuk anak-anak, moga ada kebaikan dan pengajaran yang diperolehi sepanjang pengembaraan ini.

Tuesday, November 24, 2009

satu anugerah

bila-anak-anak berjaya siapa yang paling bangga? pastinya ibu dan bapa.
Teringat zaman dulu2 bila ana atau adik2 pulang dengan keputusan peperiksaan yang agak cemerlang, mak abah x cakap apa. Tapi kami tahu memang mreka bangga..Walaupun tanpa hadiah tapi kami tahu hati mereka memanjatkan syukur tidak terhingga..

Kini giliran ana pula..melihat anak-anak melalui alam persekolahan,dan berjaya dalam peperiksaan.walaupun anugerah tidak seberapa, bagi umi dan abah, ini adalah permulaan yang baik untuk anak-anak menempa kejayaan yang lebih besar dalam mencari ilmu didunia dan bekalan akhirat. 'Big' tahniah untuk 2 orang anak-anak umi untuk kejayaan di dalam peperiksaan mereka. Sekali sekali terdengar pujian dari guru2 mereka kembang juga hati ini. Anak-anak umi, yang paling penting, taqwa dan akhlak terpuji...

Monday, November 23, 2009

Lagu Hujung Minggu

sibuk yang teramat. setiap minggu dipenuhi dengan pelbagai program. semuanya berkisar pada kerja..dan kerja..walaupun hati kepingin sangat hendah merehatkan diri membawa anak-anak bercuti, paling tidak bersenang lenang di rumah dengan suami, tapi apakan daya..tanggungjawab kerja kena dilaksana.

anak ; umi kerja ke esok?
ana ; Ya. umi kena kerja pulak. tinggal kat rumah dengan abah ya.
anak : Boring la. kita tak pegi mana-mana ke umi ujung mg ni?
ana ;nanti umi dan abah cuba arrange supaya umi dapat cuti dan kita balik k.l sekejap. kakak dengan abang main la denga safi ya. petang umi balik.

kesiannya bilamana anak-anak mengharapkan kita di sisi mereka pada hujung2 minggu khususnya.. lama x berweekend bersama mereka.
week 1-kursus pendek
week 2- inoreka
week 3- team building
week 4- raya haji...mujur raya..kalu x pasti ada program lain pulak..
week 5- Program Biro Tatanegara

ketika sibuk berprogram di hujung minggu, gambar dan keletah anak-anak menjadi pengubat rindu. Terbaru si kecil Safi pandai menyanyikan lagu kegemarannya dengan lengkap-walaupun ana sendiri tidak pasti apakah bait lirik sebenar yang dituturkannya.kata si kakak,..lagu ayat2 cinta?

Sunday, October 18, 2009

TOT (training of trainers)

Walaupun bergelar pengajar ana sebenarnya lebih banyak terdedah kepada teori. kerja kerja lapangan agak kureng skit. Peluang menghadiri kursus selama 4 hari di AmRich nursery memberi peluang mengasah kemahiran dan menambah pengetahuan disamping memperkaya teknik-teknik pembinaan landskap. kursus dan kursus lagi. tinggallh lg suami dan anak-anak di rumah.

Namun kesimpulan dari kursus tersebut, walau penat dan panas. tetapi bertambah yakin dan puas.Ok..layan jelah gambar-gambar ni..





Tuesday, September 8, 2009

mengajar dan belajar

Di awal-awal post ana sekitar tahun lepas ana ada memberitahu yang ana baru belajar membuat roti. Dan tanpa disangka-sangka pertengahan tahun ni ana dah kena mengajar membuat roti pulak.

Segala nota dan resepi ana cari dan kaji. cuba dan rasa.akhirnya dengan nekad dan kata ana boleh melakukannya, berlangsunglah juga kelas membuat roti bersama Puan Surin.

Awal-awal memperkenalkan diri dan meminta maaf sekiranya yang diajar nanti terkurang di sana sini. Tapi tak ana nyatakan yang ana pun baru belajar. Bimbang pelajar baru ana nanti tak confident pula. Ana berpegang bahawa ilmu yang baik walupun sedikit hendaklah dikongsi bersama. Biar berkembang tambah menjadi sebahagian bekalan amalan kita.

Menjadi pengajar kursus pendek adalah rutin biasa di sini, menjadi sebahagian tanggungjawab para pensyarah kolej di sini memberi pembelajaran sepanjang hayat kepada seluruh komuniti.
Apapun akhirnya kursus membuat roti telah dapat dilaksanakan dengan jayanya..dan inilah hasil air tangan makcik-makcik Felda Kemendor yang menjadi student ana pada hari tu.






Monday, September 7, 2009

Imam keluarga kami


entry kali ni mungkin agak berbeza skit, emm...crita tentang orang tersayang plak. suami, kekasih dan abah kepada anak-anak ana. selalunya ana lebih suka merahsiakan atau kata lain tidak meng'exposed'kan dirinya. maklumlah suami ana ni agak 'perasan' pemalu orangnya?

"rasa mcm kenal lah dgn suami kak, terjumpa hari tu, ada gambar?" tanya sorang kawan sepejabat.
Waktu tu ana sedang membelek blog yang telah lama tidak terselenggara.
"jap ye, ada kot dalam dalam blog kak ni" Tengok punya tengok, rupanya tak de sekeping pun gambar suami tersayang... hanya ana gambar kecil yang ana simpan dalam purse..bak kata orang lama, ku simpan wajahmu di dalam hatiku..he3 dibawa ke mana2 saja.

ana pun mula mengexplore dan menerobos masuk ke dalam folder-folder dan camera yang ada untuk mencari gambar untuk diperkenalkan kepada kawan ana ni. jumpalah beberapa keping ..perkenalkan buah hati ana...(abg kena bangga ni, surin kenalkan abg pada kawan-kawan..)








inilah dia imam keluarga kami..
Ana paste kan (setelah menyelongkar folder yang ada) ke tiga-tiga gambar yang agak baru dan ini saja yang ada dalam laptop dan camera? (mcm x percaya).
Daripada ketiga-tiga gambar dilokasi yang berlainan ini pun ana terfikir beberapa perkara (macam teka teki sama tapi tak serupa plak),
Yang sama:
1. Semua gambar ni suami ana dengan anak2. tak jumpa pun gambar dirinya seorang diri. apa maksudnya tu? Dia memang family man. ataupun tak boleh dah nak jalan sorang ramai askar yang mengekor?Tapi itulah dia, abah kepada anak-anak ana..
2. T-shirt kuning yang di pakai tu. Rasanya selalu sangat dia pakai t-shirt yang ana bagi beberapa tahun dulu. Memanglah ana rasa dihargai, tetapi cerita disebalik tu, suami ana ni agak cerewet dan pemilih. Nak beli selipar pun mahu shopping round kedai sampai lenguh lutut. Tapi yang bagusnya selalunya apa yang ana beli dia berkenan dan kalau selesa memang baju yang samalah di pakai sampai lusuh. Moralnya, dalam cerewet tu ada unsur berjimat.. dan karekter ni mungkin kontra dgn ana yang agak boros (sebenarnya tak lah boros tapi terlebih pemurah hati..)
Yang berbeza.
1. Tempat rekreasi. Gambar pertama di KLCC, kedua Tiara Beach Resort PD, ke tiga Tmn Metropolitan Kepong. Dia memang rajin bawa kami berjalan-jalan sebagai sebahagian aktiviti keluarga. Melancong penting untuk membuka minda. Namun bergantung kepada ekonomi keluarga..tak dapat berjalan jauh dekat belakang rumah pun ok.
2. Anak-anak semua manja abahnya. Tapi 2 orang girl ni memang terlebih manjanya. Tapi ana percaya dia bukan membezakan kasih.. lebih kepada dalam kasih sayang mendidik anak lelaki ada unsur tegas dan tabah, anak perempuan lemah lembut dan halus.
Itulah dia suami tercinta..

Thursday, September 3, 2009

sakit dan tarbiyah ramadhan


salam, ahlan wahsahlan ramadhan yang telah setahun ditinggalkan. Pantasnya masa berjalan.

Namun sambutan ana dingin sekali terhadap kekasih yang satu ini. Sehari sebelum ramadhan ana demam panas yang agak teruk. Sehinggakn sewaktu memandu pulang pada jumaat sebelum ramadhan kedua-dua tangan ana kebas dan kejang. tiada lain yang tergambar masa tu, nak kena stroke ke aku ni? atau pun atritis (ibu ana menghidap atritis yang agak teruk). Alhamdulillah dengan jarak taska anak ana yang semakin hampir ana nekad menekan minyak semahunya untuk segera mendapatkan bantuan guru-guru di taska tersebut. Setelah berehat dan tangan ana di urut ana rasa agak pulih dan cepat2 makan ubat yng dibekalkan. Mungkinkah suhu badan yang terlalu panas menyebabkan kekejangan? wallahua'lam.

Hari pertama puasa kami pulang ke Batu Pahat, dalam keadaan ana yang masih demam. rupanya ubatan ynag dibekalkan jumaat itu tidak memberi sebarang kesan. Ahad ana ke klink dengan suhu badan 40.6*. memang terasa lemah sangat sebab tidak mampu menelan walaupun sedikit maknanan. hanya kurma dan air kosong. Dalam keadaan yang ana kira agak kritikal, ibu suami, adik ana dan seluruh keluargalah yang banyak membantu. maklumlah ana ni jarang sangat demam dan ini adalah yang paling teruk dalam sejarah hidup ana.

Selasa, setelah rasa agak sihat, ana pulang ke melaka. Malangnya pada malam tersebut, suhu badan naik lagi, dengn batuk ynag tak henti2. Suami ana menghantar ana ke hosptal dan di masukkan ke wad selama 3 hari. Dalam keadaan yang tidak menentu dan wabak yang hebat sekarang ana di kuarantin kerana pneomonia (atau jangkitan paru-paru).

Siapa sangka, dalam keadaan yang sihat dan dengan rasa konfidennya dapat menyambut ramadhan bertukar kepada suasana dan keadaan diri yang betul-betul lemah, huru hara dan tidak berdaya. Kasihan anak-anak ana yang terpaksa ditnggalkan di kampung. syukur waktu minggu pertama adalah cuti persekolahan. sewaktu post ini ditulis ana masih agak lemah...

Bagaimanlah agaknya kualiti atau markah puasa ana tahun ni. Masih tak mampu melawan kemalasan, keletihan dan rasa tidak sihat ini.

Namun ana berharap dengan rahman dan rahim nya Allah moga ujian kesakitan yang sedikit ini menjadi kifarah dosa dan tarbiyah kepada hati dan jiwa.

Sahabat2 dan ibu2 diluar tu, hargailah kesihatan yang diberikan Allah. Masaklah untuk keluarga jika mampu...walaupun rasa letih dan malas, ikhlas dan fikir2kanlh ganjaran dari Allah. Ana dah seminggu ni berbuka di masjid ja..hu3.Alhamdulillah anak 2 seronok dan tetap rasa diraikan kerana puasanya yang baru bertatih tu..

Tuesday, August 18, 2009

Boy & Girl is different

ana cuma nak share apa yang d baca dari blog didikcinta,
fakta yang sgt menarik, ana paste saja di sini..

Just accept the fact: BOY & GIRL IS DIFFERENT

Terima lah bahawa anak LELAKI dan PEREMPUAN memang berbeza. Dan yang paling penting IBU dan BAPA perlu TEAM-UP untuk mendidik kedua-dua anak, baik lelaki mahu pun perempuan. Moga Allah berikan kita para ibu bapa semua kekuatan mendidik anak-anak, pemimpin ummah masa depan!

Thursday, May 21, 2009

10 kerja dalam 1



Banyak sumber motivasi atau kisah-kisah yang ana baca menyatakan setiap diri mempunyai pelbagai bakat atau kebolehan yang pastinya lebih dari 1. ada yang mampu membuat kerja lebih dari 1 dalam satu-satu masa. Contoh plg dekat ialah para ibu kita. ana teringat zaman kanak-kanak dulu, ibu lah yang menyiapkan segala pakaian dan dalam masa yang sama sarapan pagi terhidang sebelum kami pergi ke sekolah. Rumah yang sentiasa berkemas. Membasuh secara manual lg..mak ana pandai menjahit baju, baju-baju kami sekeluarga mak yang jahit.Belum lagi termasuk kerja-kerja 'gardening' mak yang jadi sokongan pendapatan keluarga...stakat masak memasak mmg di hujung jari je.

Berbanding dengan ana sekarang, setelah 8 jam bekerja, bila balik ke rumah tidur dan rehat adalah perkara paling utama perlu dilakukan. Terasa penat sangat. baru buat 1 kerja, hanya meninjau-ninjau pelajar menyiapkan tugasan mereka, tidak buat sebarang research, tidak juga berceramah sana sini, tidak menjemput hantar anak, tidak berulang alik ke putrajaya seperti dulu, tidak kursus pendek, memasak yang canggih pun kadang-kadang dan jarang-jarang-selalunya menu yang ringkas, mudah dan malas...apatah lagi kerja luar menyantuni masyarakat yang rasanya telah lama ditinggalkan.


Memang setiap kita perlukan motivasi supaya menjadi lebih cekap dan efisyen. supaya boleh menyiapkan bukan sepuluh malah berpuluh2 kerja dalam 1 masa. Apapun tahniah untuk suami yang sangat memahami, dan banyak membantu( walaupun tahap kecekapan membuat kerja rumah-macm naik basikal.. he3 ana macam bawa kreta la..)


Alhamdulillah, walaupun hari ibu dah lama lepas, (nampak sgt tak update post) tapi nak share apa yang ana dapat dari anak-anak ana yang comel dan nakal (ciuman dan kad yang ...emm ok lah, tapi sgt cantik di mata serang ibu..)TQ anak umi..umi kena lebih cekap ataupun sekurang-kurangnya menjadi super women untuk menangani krenah the fantastic 3 ( 4 kalau termasuk abah!he..he)ni,..


"tahun ni banyak betul umi dapat hadiah ya bah", rungut hakim, pada abahnya.


"a'ah, dah la baru dapat hadiah birthday, hadiah hari ibu, hadiah hari guru plak tu"

sampuk Dik Yah


-he..he..he tulah yang best jadi seorang ibu, anugerah terbesar untuk seorang wanita, semoga Allah memudahkan urusan ku menjaga amanah yang diberi..

Wednesday, May 13, 2009

Ujian

Cerita tentang ujian. ujian atau test atau peperiksaan semuanya untuk meguji sejauh mana kefahaman kita tentang sesuatu. Minggu depan bermula ujian amali untuk pelajar ana.. kiranya pengalaman pertama juga untuk anak mengawasi peperiksaan amali pelajar-pelajar ni.
Bagaimana pula ye dengan ujian hidup. pastinya untuk menguji sejauh mana ketahanan dan kekuatan keimanan kita.
Dalam pada bersiap untuk menghadapi ujian untuk pelajar kolej bermula minggu depan ni, sembang dengan kawan ni pasal ujian Allah pada hambanya. umm.. topic yang agak menarik untuk dibincang.
Kita akan diuji dengan apa yang kita ada dan apa yang kita sayang. mungkin suami? anak 2 keluarga dan sahabat?harta?dan yang pasti keimanan kita juga akan di uji...

' Dan sesungguhnya akan kami berikan ujian kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar (surah al-Baqoroh 155)

Ketakutan dan kekurangan? banyak kan ujian Allah yang tidak terlintas dek fikiran kita. tapi yakinlah wahai diri, pada ayat 156 Al baqoroh
"Sesungguhnya kami adalah hamba dan milik Allah, dan kepadanyalah kami akan dikembalikan. Ya Allah berikanlah pahala bagiku dalam musibahku ini, dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya.." melainkan Allah menggantikan baginya yang lebih baik.

Thursday, March 12, 2009

Kisah Penjual Tempe
Posted by Norakmal Jasni

sekian lama tiada cerita baru yang menarik untuk di kongsi. Ana titipkan kisah tempe untuk renungan..tempe ni kiranya makanan tradisi jawa. kaya dgn protin. Ana dan suami memang keturunan jawa pun,.. so kami dah ajar anak-anak makan tempe.tapi nak cari yang berkualiti mcm kat kampung susah sikit..selamat membaca .

Barangkali ada yang sudah membaca kisah ini. Saya terjumpa dengan cerita ini dari MySpace Bulletin. Jadi, semoga bermanfaat ya!
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari …. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, “Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe …. Amin”
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu !!!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.
Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi !!!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..

Tuesday, February 10, 2009

Suasana baru

assalamualaikum. Ana dan keluarga baru berpindah ke Melaka. Suasana baru, rakan baru, kadang-kadang menuntut kita supaya lebih bersabar untuk memahami dan menserasikan diri.

Kami berpindah kerana urusan kerja. Ana pula ada tugas baru, menjadi pendidik di sebuah kolej di melaka. Betul ada berpendapat Melaka is a nice place to stay. Tidak havoc mcm di K.L. Tapi bagi kami yang pertama kali menjejakkan kaki ke selandar tempat ana ditugaskan ( daerah lain pernah beberapa kali), tempat ini tidak jauh bezanya dengan kampung mak-ayah ana di batu Pahat. Kemudahan seperti bank, hospital dan shopping center semua jauh. menuntut perjalanan lebih kurang 30 hingga 1 jam. Anak-anak pula kelihatan tidak gembira dengan suasana baru. Adawiyah kata, "kampungnya umi! x seronok la. dah la rumah kecik" ..and so on.. biasa la bebudak meluahkan saja apa yang dirasa.

dan betul juga kata orang, tak kenal maka tak cinta. setelah 2 minggu di sini, anak-anak mula menyesuaikan diri dan lebih ceria. Kecuali semalam, adawiyah tertinggal bas, menangis-nangis bila sampai di rumah. Ana fikir tentu dia akan meragam hari ni x nak pergi sekolah, tapi alhamdulillah, seronok je..

Setelah mengambil kira pendapat anak-anak akhirnya kami tidak tinggal di selandar. Kami mencari rumah sekitar jasin yang lebih "Bandar" sedikit. semua kemudahan ada di jasin. dan kebetulannya ana pernah berlajar di mrsm jasin lama dulu. so tau la serba sedikit tentang pekan ni. ana ke kolej mengambil masa kurang stgh jam. jalan lengang dan suasana tenang setiap pagi. Suami pula ke Bandar Hilir tempat ditugaskan mengambil masa yang lebih kurang sama.

Yang pasti setelah 2 minggu di sini, tak dapat dapat lagi menjalankan hobi memasak dan membaca seperti dulu. Masih sibuk dengan pelbagai urusan penempatan baru, medical checkup etc..

Sama kita fikirkan, philosophy tentang kerja di bawah...


A long time ago, there was an Emperor who told his horseman that if he could ride on his horse and cover as much land area as he likes, then the Emperor would give him the area of land he has covered. Sure enough, the horseman quickly jumped onto his horse and rode as fast as possible to cover as much land area as he could. He kept on riding and riding, whipping the horse to go as fast as possible. When he was hungry or tired, he did not stop because he wanted to cover as much area as possible. Came to a point when he had covered a substantial area and he was exhausted and was dying.

Then he asked himself, "Why did I push myself so hard to cover so much land area? Now I am dying and I only need a very small area to bury myself." The above story is similar with the journey of our Life. We push very hard everyday to make more money, to gain power and recognition.

We neglect our health , time with our family and to appreciate the surrounding beauty and the hobbies we love. One day when we look back, we will realize that we don't really need that much, but then we cannot turn back time for what we have missed. Life is not about making money, acquiring power or recognition . Life is definitely not about work! Work is only necessary to keep us living so as to enjoy the beauty and pleasures of life.

Life is a balance of Work and Play, Family and Personal time. You have to decide how you want to balance your Life. Define your priorities, realize what you are able to compromise but always let some of your decisions be based on your instincts. Happiness is the meaning and the purpose of Life, the whole aim of human existence. So, take it easy, do what you want to do and appreciate nature. Life is fragile, Life is short. Do not take Life for granted. Live a balanced lifestyle and enjoy Life! Watch your thoughts ; they become words. Watch your words ; they become actions. Watch your actions ; they become habits. Watch your habits; they become character . Watch your character; it becomes your destiny.
....as a muslim we have to work because its apart of our ibadah to Allah...stil we can enjoy life an become a balanced person..

Sunday, January 18, 2009

Puteriku dan Carrot cake


assalamualaikum.. lama ana x update blog. sibuk sangat dengan urusan pejabat dan rumahtangga.


semasa cuti tahun baru yang lepas sempat menyediakan carrot cake untuk suami n anak-anak. si kakak adawiyah seronok membantu d dapur. habis berkecah..alahai anak dara sorang ni. tapi dia sungguh seronok dan teruja dapat membantu. Mulutnya tak henti bertanya itu dan ini, kenapa begitu dn begini. Sekali sekala ada yang menemankan di dapur seronok juga. bila time mengemas je, kurang seronok...

Gambar x sempat nak snap. rasa dan rupa kek cantik dah tapi agak termanis sedikit..
Bahan-bahan
2 1/2 cawan parutan carrot
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
2 cawan tepung
1 sudu teh bikarbonat
1 1/2 st serbuk kayu manis
1 st serbuk buah pala
1 st vanilla
1/2 st garam
1 cawan kacang pecan @walnut

Cara
campur semua bahan.
panaskan oven 185C , gris loyang dan bakar sehingga masak